STAR Segamat: HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN SEGAMAT TAHUN 2015

16 May 2015

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN SEGAMAT TAHUN 2015

17 MEI 2015 - Sambutan perayaan Hari Guru Peringkat sekolah SKTAR Segamat telah dijalankan.
 Tema sambutan Hari Guru 2015 "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak".

Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi pada awal pagi. Selesai perhimpunan murid bersalaman dengan guru mereka dan mula menyampaikan hadiah untuk guru - guru yang disayangi. Ianya diikuti dengan beberapa acara sukaneka di dewan terbuka. Acara yang diadakan disertai oleh semua warga SKTAR termasuklah Guru Besar, GPK, Guru - guru dan staf serta kakitangan. Perjalanan majlis diteruskan dengan persembahan daripada guru dan murid.

Semua acara ditamatkan pada jam 1.00 tengahari  untuk memberi laluan kepada sambutan penutup. Setiap pemenang menerima habuan masing - masing.  Ianya menjadi tanda kenang - kenangan bagi insan bergelar guru.

Terima kasih, cikgu.....















    


No comments :