STAR Segamat: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 / TAHUN 2015

01 April 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41 / TAHUN 2015

24 Mac 2015  SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) Segamat, telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-41 di Dewan Al-Istiqamah SK Temenggong Abdul Rahman. Antara lain mesyuarat adalah untuk membentang program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah bersama PIBG sepanjang tahun 2014. Di samping itu, mesyuarat ini adalah untuk membolehkan ibu bapa atau penjaga untuk berhubung terus dengan pihak sekolah melalui mesyuarat.

Mesyuarat yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah dirasmi tutup oleh Yang Berhormat Hajah Norshida Binti Ibrahim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Buloh Kasap. Beliau turut mengingatkan kepada semua agar sering bekerjasama bagi memastikan kelancaran pembelajaran anak anak di sekolah .

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 4.45 petang.



 














No comments :