STAR Segamat: March 2015

08 March 2015

KEMPEN LEARN A WORD AND A SENTECE A WEEK BIL.3/2015

8 Mac 2015 - KEMPEN LEARN A WORD AND A SENTECE A WEEK

Word : clerk

Sentences : Madam Lucy works as a clerk in the office






MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH - 2015

4 Mac 2015 - JK Panitia Agama Islam dengan kerjasama warga STAR telah menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Pertandingan yang disertai oleh murid - murid STAR antara lain bertujuan untuk memilih calon yang layak bagi mewakili sekolah ke majlis tilawah di peringkat zon kelak. 






02 March 2015

PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM KALI-1/2015

15 Februari 2015 - Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform Kali-1/2015 telah dilaksanakan. Perhimpunan kali ini dikelolakan oleh Unit Tunas Pandu Puteri Malaysia. Majlis perhimpunan ini dijalankan dengan lancar.




LDP-2015 - KURSUS PEMBELAJARAN ABAD KE-21

9 Februari 2015 - JK LDP STAR telah menganjurkan satu kursus Latihan Dalam Perkhidmatan. Kursus Pembelajaran Abad Ke-21 ini disampaikan oleh En. Sariman bin Haji Husin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Jementah. Kursus yang dimulakan pada jam 2.00 petang ini, memberi peluang untuk semua peserta kursus untuk mendalami sesi PdP yang bertunjangkan ciri pembelajaran abad ke-21. Semoga dengan latihan seperti ini akan memberikan input untuk diaplikasikan. 

 




PERASMIAN KEMPEN LEARN A WORD AND A SENTECE A WEEK

8 Februari 2015 - JK Panitia Bahasa Inggeris melancarkan Kempen Learn A Word and A Sentence A week. Kempen ini adalah bertujuan untuk membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan warga STAR. Setiap minggu seluruh warga STAR akan diperkenalkan dengan perkataan dan penggunaan perkataan tersebut dalam ayat. Semoga kempen ini akan membantu seluruh warga STAR meningkatkan lagi kecekapan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan.