STAR Segamat: January 2015

28 January 2015

PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

28 Januari 2015 - Unit Ko Kurikulum sekolah dan Panitia Pendidikan Jasmani telah menganjurkan Program Merentas Desa Peringkat Sekolah . Program ini disertai oleh murid - murid SK Temenggong Abdul Rahman (INTEG). Program dimulakan dengan bacaan doa dan aktiviti memanaskan badan. Seterusnya murid memulakan program melalui trek yang telah ditetapkan. Program berakhir kira - kira jam 9.30 pagi.





PROGRAM KEIBUBAPAAN DAN MOTIVASI UPSR 2015

17 Januari 2015 - Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan satu program bersama. Program keibubapaan dan motivasi UPSR 2015 ini disasarkan kepada murid - murid Tahun 6 dan ibu bapa mereka. Penceramah jemputan dari Pejabat Pelajaran Daerah Segamat iaitu Tuan Haji Sazali bin Ahmad telah mengendalikan sesi dalam program ini. Semoga dengan ada program seperti ini akan lebih mengeratkan kerjasama dan hubungan baik pihak sekolah dengan ibu bapa dan penjaga.






20 January 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN DAN MAJLIS BACAAN IKRAR PENGAWAS DAN PENGAWAS MUDA

18 Januari 2015 - Perhimpunan mingguan diadakan seperti biasa. Pada waktu yang sama Lembaga Pengawas Sekolah telah mengadakan satu Majlis Bacaan Ikrar bagi Pengawas dan Pengawas Muda.

Diharap dengan perlantikan dan bacaan ikrar bagi para pengawas  baru akan memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Di samping itu, kejujuran dan keikhlasan dalam tugasan  akan membantu membangunkan displin sekolah dengan lebih baik lagi.




MAJLIS PENYERAHAN WANG BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

12 Januari 2015 - Majlis Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan di Dewan Al-Istiqamah STAR. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Hajah Norshida Binti Haji Ibrahim merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap. 
Bantuan kewangan sebanyak RM 100.00 ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2015.





11 January 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2015

11 JANUARI 2015 - Bermulanya sesi persekolahan bagi tahun 2015. Sesi persekolahan dimulakan dengan perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan ini Guru Besar , Tuan Haji Ramlee bin Ramlan mengalu-alukan kehadiran semua warga sekolah khususnya kepada semua murid. Beliau turut memberikan beberapa ingatan dan panduan bagi semua warga sekolah supaya ianya dapat dijadikan panduan bagi sesi persekolahan kali ini.




KURSUS PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES DAN KELAS ABAD KE-21

28 DISEMBER 2014 - JK LADAP sekolah telah menganjur satu satu kursus berkaitan PLC (PROFESIONAL LEARNING COMMUNITIES) dan Kelas Abad ke-21. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Sazali bin Ahmad dari Pejabat Pelajaran Daerah Segamat. Kursus ini memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan teknik dan strategi pengajaran terkini.





TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2015

31 DISEMBER 2014 -  Pihak sekolah telah menjalankan satu Taklimat Khas khususnya bagi ibu bapa murid - murid tahun 1. Antara lain, taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga berkaitan perihal SK Temenggong Abdul Rahman (INTEG) Segamat .



 

MESYUARAT GURU BIL-1/2015

27 Disember 2014 - Pihak pentadbiran sekolah telah memulakan sesi 2015 dengan mengadakan mesyuarat Pengurusan Sekolah . Mesyuarat tersebut dimulakan dengan mesyuarat Pengurusan Sekolah dan Pengurusan Akademik pada tarikh tersebut. Mesyuarat kemudiannya disambung pada 29 & 30 Disember 2014 bagi memberi ruang untuk Unit HEM sekolah dan Unit Ko Kurikulum. Antara lain mesyuarat bertujuan memastikan perjalanan sekolah pada hari pertama berjalan lancar dan sesi persekolahan sesi 2015 akan lebih baik daripada tahun sebelumnya.