STAR Segamat: September 2014

26 September 2014

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN STAR 2014

25 SEPT.2014 - JK Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan kerjasama seluruh warga STAR telah menganjurkan Majlis Penutup Rasmi Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2014. 
Dalam majlis ini Tuan Guru Besar telah dengan rasminya menutup sambutan bilan kemerdekaan. Beliau juga telah sudi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang untuk setiap pertandingan yang dianjurkan sepanjang bulan tersebut. Tahniah.





KARNIVAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR

 2 SEPT.2014 - Satu Karnival Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2014 telah dijalankan di Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Karnival yang diadakan selama 3 hari turut disertai oleh SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG). Kontinjen yang diketuai oleh Pn.Chong Yoon Fah ini turut menyertai beberapa pertandingan.  




25 September 2014

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA


GPK HEM sedang memberi penerangan tentang tatacara minum susu yang betul.

Bacaan doa sebelum minum susu

Guru besar memberikan sedikit taklimat tentang program Susu 1Malaysia dan kemudian mengedarkan bekalan susu kepada murid/pelajar.

Memeriksa tarikh luput pada kotak sebelum minum.

10 September 2014

SEMOGA BERJAYA CALON UPSR 2014

11 September 2014 - Peperiksaan UPSR 2014 mula berlangsung di seluruh negara. Peperiksaan yang diduduki oleh semua calon daripada murid Tahun Enam ini bermula pada 9 September yang lalu.

Justeru semua warga STAR ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut dengan jayanya kepada seluruh murid Tahun Enam di Malaysia khususnya anak didik STAR.

Semoga STAR terus cemerlang.

Jadual Perjalanan UPSR 2014

Calon Biasa :
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/upsr/2014/JadualUPSR2014_CalonBiasa.pdf

Calon Berkeperluan Khas :
http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/files/upsr/2014/JadualUPSR2014_CBK.pdf

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2014 - 11 SEPTEMBER 2014

PERINGATAN:
  1. Kertas Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 September 2014
  2. Kertas Bahasa Inggeris 014/1, 024/1, 034/1, 014/2, 024/2, 034/2 dijalankan mengikut jadual asal seperti di bawah.

WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS
10:15 pagi -
10:30 pagi
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
15 minit
……….
10:30 pagi -
11:20 pagi
014/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SK)
50 minit
Objektif Aneka Pilihan
024/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKC)
50 minit
034/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKT)
50 minit
12:05 tengah hari -12:20 tengah hari
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif
15 minit
……….
12:20 tengah hari - 01:35 petang
014/2
Bahasa Inggeris                                   Kertas 2 (SK)
1 jam   15 minit
Subjektif
024/2
Bahasa Inggeris                                   Kertas 2 (SJKC)
1 jam   15 minit
034/2
Bahasa Inggeris                                     Kertas 2 (SJKT)
1 jam   15 minit
02:30 petang -
02:45 petang
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat
15 minit
……….

013
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SK)
1 jam   30 minit
Objektif Aneka Pilihan
02:45 petang -
04:15 petang
023
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKC)
1 jam   30 minit

033
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKT)
1 jam   30 minit

Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan KPM

http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=381:draf-jadual-waktu-peperiksaan-upsr-2015&catid=121:jadual-waktu-peperiksaan-upsr&Itemid=158&lang=en