STAR Segamat: August 2014

31 August 2014

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAERAH SEGAMAT KE-57

31 OGOS 2014 - Sambutan Hari Kemerdekaan Segamat telah diadakan bertempat di Dataran Segamat. Kontijen STAR tidak ketinggalan menyertai acara perbarisan tersebut. Sekalung tahniah kepada semua pihak yang terlibat. MERDEKA








MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN STAR 2014

28 OGOS 2014 - JK Sambutan Bulan Kemerdekaan STAR Segamat dengan kerjasama warga STAR telah mengadakan majis Ambang Kemerdekaan. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Istiqamah ini dimulakan dengan bacaan doa. Ianya turut diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan persembahan sajak. Seterusnya majlis diteruskan dengan laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Tuan Guru Besar sendiri. Ternyata dengan laungan tersebut sedikit sebanyak mencetus semangat cintakan negara kepada semua warga STAR.

Pada majlis ini turut diadakan pertandingan sajak bulan kemerdekaan dan pertandingan pakaian beragam.

video

































PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN TAHUN 2014

26 OGOS 2014 - Kelab Robotik STAR dibawah pimpinan Puan Asnah Binti Mohd Noor telah menyertai pertandingan robotik kebangsaan NRC 2014 yang diadakan di KUITTHO Batu Pahat. Semoga dengan penyertaan ini akan memberikan pendedahan kepada para peserta yang terlibat. Semoga berjaya.




PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN STAR 2014

24 Ogos 2014 - Sukacita dimaklumkan satu lawatan dari Klinik Pergigian Segamat telah diadakan. Antara lain lawatan ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua murid STAR berhubung kepentingan menjaga kesihatan mulut dan gigi.

Di samping itu juga, bermula dari 24 Ogos sehingga 7 September 2014, pihak Klinik Pergigian Segamat ini akan memberikan rawatan pergigian  kepada semua murid STAR. Sekalung penghargaan dan ribuan ucapan terima kasih kami kepada seluruh warga kerja Klinik Pergigian Segamat. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.






MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN STAR-2014

24 0GOS 2014 - JK Sambutan Bulan Kemerdekaan STAR Segamat dengan kerjasama warga STAR telah mengadakan majis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan. Majlis yang diadakan di Dewan Al-Istiqamah ini dimulakan dengan bacaan doa. Ianya turut diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan persembahan sajak.  Pihak JK sambutan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ramlee bin Ramlan atas kesudian beliau untuk merasmikan sambutan ini dengan menandatangani kain rentang yang bakal dipasang di tepi dewan untuk semua warga STAR membuat catatan berhubung kemerdekaan Malaysia.

Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini, pihak JK dengan kerjasama semua turut menganjurkan pelbagai pertandingan antaranya melukis poster, pertandingan mewarna, pertandingan sajak dan lain-lain lagi. Semoga dengan adanya sambutan seperti ini akan memberikan pendedahan kepada anak didik STAR berhubung erti dan nilai sebuah kemerdekaan.