STAR Segamat: HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN SEGAMAT

29 June 2014

HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SK TEMENGGONG ABDUL RAHMAN SEGAMAT

18 MEI 2014 - Sambutan perayaan Hari Guru Peringkat sekolah SKTAR Segamat telah dijalankan.
 Tema sambutan Hari Guru 2014 "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".
Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi pada awal pagi. Selesai perhimpunan murid bersalaman dengan guru mereka dan mula menyampaikan hadiah untuk guru - guru yang disayangi. Ianya diikuti dengan beberapa acara sukan di padang dan permainan dalaman di dewan ruang terbuka.Acara yang diadakan disertai oleh semua warga SKTAR termasuklah Guru Besar, GPK, Guru - guru dan staf serta kakitangan.

Semua acara ditamatkan pada jam 11.30 pagi untuk memberi laluan kepada sambutan penutup. Setiap pemenang menerima habuan masing - masing.  Ianya menjadi tanda kenang - kenangan bagi insan bergelar guru.
Terima kasih, cikgu.....





































No comments :