STAR Segamat: May 2014

09 May 2014

LATIHAN KEBAKARAN SIRI 1-2014

10 Mei 2014 - Satu latihan kebakaran SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat daerah Segamat telah diadakan. Latihan kebakaran yang merupakan rutin tahunan ini diadakan antara lain untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah berkaitan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

Melalui program ini warga sekolah diberikan pendedahan berkaitan perkara yang perlu dilakukan apabila kecemasan, demonstrasi menyelamatkan mangsa kebakaran, demonstrasi dan praktikal penggunaan alat pemadam api. Warga sekolah juga turut mendengar ceramah berkaitan kecemasan daripada pegawai bomba.

Semoga melalui latihan ini akan memberikan satu input baru khususnya kepada warga sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat khususnya Balai Bomba dan Penyelamat daerah Segamat. Terima kasih.




LADAP i-THINK SIRI 1/2014

7 Mei 2014 - Satu lagi Program LADAP(latihan dalam perkhidmatan) bagi guru - guru SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG) telah diadakan. Kursus ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman guru berkaitan Program i-THINK. Turut sama diadakan sesi latihan pengukuhan bagi Frog VLE. Semoga dengan adanya kursus ini akan memberikan input kepada peserta kursus sekalian.



PERJUMPAAN KHAS IBU BAPA DAN GURU BAGI MURID - MURID TAHUN 6 DELIMA DAN 6 INTAN

27 APRIL 2014 - Satu perjumpaan khas bagi ibu bapa, penjaga, murid, dan guru - guru matapelajaran tahun 6 telah diadakan. Perjumpaan yang diadakan ini bertujuan untuk mencanai satu kerjasama yang baik di kalangan ibu bapa dan guru. Perjumpaan yang diadakan bagi murid tahun 6 Delima dan 6 Intan ini dicadangkan oleh Tuan Guru Besar.