STAR Segamat: February 2014

18 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Pada 22 Januari 2014(Rabu) bersamaan 20 Rabiul Awal 1435 satu majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi Sesi Tahun 2014 telah diadakan. Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah telah diagihkan pada hari tersebut.

Sehubungan itu, pihak sekolah dengan sukacitanya telah menjemput Yang Berhormat Hajah Puan Norshida binti Haji Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap untuk menyampaikan bantuan tersebut.

Sekitar majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 
SK Temenggong Abdul Rahman(integ), Segamat, Johor