STAR Segamat: PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI UPSR MURID TAHUN 6

19 January 2014

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI UPSR MURID TAHUN 6

     Satu program khas telah dianjurkan oleh SK Temenggong Abdul Rahman(INTEG)dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK TAR pada 11 Januari 2014(Sabtu). Program yang dinamakan sebagai PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN AKUJANJI UPSR MURID TAHUN 6, antara lain bertujuan untuk menaikkan semangat murid- murid tahun 6 khususnya dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang.
    Ceramah motivasi ini telah disamapaikan oleh En. Nazrudin Bin Hashim dari UiTM Cawangan Segamat. Antara tentatif program termasuklah ceramah keibubapaan, ikrar murid - murid tahun 6 dan ikrar ibu bapa dan penjaga. Semoga dengan program yang dianjurkan ini akan lebih memberi kesediaan kepada ibu bapa dan murid - murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR kelak...Semoga berjaya dengan cemerlang.

Pendaftaran dan keterujaan murid - murid untuk menyertai program. 

 Ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar, Tuan Haji Ramlee bin Ramlan.


Ceramah Motovasi Keibubapaan yang disampaikan En. Nazrudin Bin Hashim
dari UiTM Cawangan Segamat. 

 
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Penceramah.

 Ikrar akujanji murid tahun 6 diketuai oleh Ketua Murid adik Mohd Azizi dari tahun 6 Berlian

Ikrar akujanji ibubapa yang dipimpin oleh En.Mohd Hazrin b Haris


Gambar sekitar program tersebut.




No comments :